Saturday, November 8, 2008

ISA & RPK

Internal Security Act (ISA), akta keselamatan dalam negeri, telah dikuatkuasakan di tanah malaya pada awal tahun 1960an lagi...akta yang membenarkan seseorang itu ditahan tanpa melalui proses perbicaraan selama 60 hari dan selanjutnya boleh ditahan selama 2 tahun apabila seseorang itu didapati mengancam keselamatan negara... Relevan ke ISA yang di gunakan di negara kita??? sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi...ISA layaknya sama seperti kem Guatanamo... Akta yang perlu dihapuskan pergunaannya...

beberapa hari lepas Raja Petra Raja Kamaruddin(RPK) telah dilepaskan dari tahan di kem Kemunting...Penyokong beliau yang juga terdiri daripada orang-orang Melayu ISLAM bergitu gembira dengan pembebasan beliau... RPK merupakan seorang penulis laman blog Malaysia Today yang telah menghina kesucian agama ISLAM... sepatutnya beliau harus ditahan dan dibicarakan dengan menggunakan akta-akta yang sesuai dengan kesalahannya menghina agama Islam, bagi aku pembebasan beliau ibarat menjatuhkan dan merendahkan mertabat agama Islam itu sendiri, di negara yang dikatakan negara Islam... Yang lebih menyedihkan penyokong-penyokong beliau juga terdiri daripada mereka yang beragama Islam...

Jika diteliti dengan halus dan teliti disebalik Mengerakkan demostrasi jalanan yang kebanyakkannya disertai oleh org2 muda untuk menghapuskan akta ISA semasa penangkapan beliau berlindung disebalik politik... Tujuannya nampak seperti mahu menyuruh pihak kerajaan menghapuskan akta ISA tersebut tetapi dibelakangnya telah digerakkan oleh mereka2 yg bijak pandai berpolitik ini menekan kerajaan untuk pembebasan RPK... Mereka2 ini bijak menggunakan medium 'SUARA RAKYAT'... Mereka telah mempergunakan anak2 muda untuk tujuan tersebut...

Aku tidak menyokong sama sekali akan akta ISA ini kerana melanggar hak asasi, kebebasan dinegara yang mengamalkan sistem demokrasi ini...malah aku berharap akan terhapusnya sistem ini di negara kita...

Tetapi aku tidak berpuas hati kerana org yang telah menghina agama Islam bebas bergtu sahaja...



A

No comments: