Sunday, October 5, 2008

Central Market & busking



Raya ke-2 aku menjejakkan kaki ke Central Market, bangunan yang dibina pada tahun 1888 oleh british yang menyaksikan pertembungan berbagai bangsa disini... juga terkenal dengan tempat-tempat seninya... antaranya Art dan busking, aku meminati org2 yg busking ni, bagi aku dorg jujur bermain muzik bkn kerana nk glam, bg aku mereka penghibur jalanan yg sejati, tapi syg ada juga antara akbar2 dan majalah yg menulis mengambarkan seakan2 mereka ini peminta sedekah...Dungu betul dorang ni, bagi aku bintang2 realiti TV itu sepatutnya dilabelkan peminta sedekah, mengharap ehsan undian sms untuk terus berada dalam akedemi... sama jew konsep yg diguna pakai jika mereka mengatakan busker itu peminta sedekah... Kalian dikurniakan akal yg boleh menilai??? sendiri Fikir lah... Sedang asyik mengimbas memory dlm CM, aku pun keluar ke laluan pejalan kaki setelah terlihat seorang girl membawa gitar, mungkin ada org busking ari ni kot...tepat jangkaan dan lebih menyeronokan ari tu apabila Abg Meor sedang memetik gitar beliau, beliau merupakan antara busker yang aktif, pertama kali melihat beliau perform adalah ketika malam puisi di rumah PENA, mendendangkan lagu 'ruang ini sempit', lalu terus aku mencari album2 beliau. sehingga sekarang beliau telah menghasilkan 6 buah album. yg terbaru album 'Sakrat' sebuah album kontribusi akustika sajak2 Amirul Fakir. Ari itu Abg Meor perform di'bantu' oleh 'Selamat Asrin' seorg penyanyi yg sinonim dgn CM. Selamat ni bak kata Abg Meor adalah org2 terpilih.Selamat ni hidup dalam dunia dia, dalam dunia dia mengambarkan dia sebagai seniman/artist yg besar. Kalo kalian terserempak dgn beliau lyn sekejap selamat busking...pasti lain dari yg lain. aku tgk Abg Meor perform sampai habis, kemudian Abg meor mengangkat beg gitarnya menandakan tamat persembahannya lalu beliau kebelakang di lorong kedai untuk mengemas, lalu aku terus sapa dan men'yambar' album 'Sakrat' beliau... Layan beb serious...lalu aku pun beredar dan ada org busking lg, kali ni mamat2 dreadlock dan seorg awek tgh perform unik sungguh persembahan mereka, mereka berasal dari Japan, aku x menonton lama persembahan mereka kerana senja hampir mahu menunjukkan diri, aku pun sambar cd mereka juga tok lyn di rumah, nama band mereka 'bonyari band' sound nya cam kitaro punya sound, layan juga feel dia... MEREKA BG AKU BKN PEMINTA SEDEKAH, BG AKU MEREKA PENGHIBUR JALANAN YG MENGHIBURKAN ORG2 JALANAN MACAM AKU...