Monday, September 29, 2008

politikus dan aku

Aku dulu seorang yg x amik port langsung ttg politik... bg aku politik itu kotor...penuh dengan sifat2 negatif. politik itu bg aku mcm bakteria, ada bakteria yang jahat dan baik, baru2 ini mungkin setelah kepale terhantuk menyebabkan fikiran aku songsang mengenai politik, lebih bersifat terbuka dalam penerimaannya, bukan bermaksud mengiyakan saja politikus-politikus ini, berfikir mengunakan akal bukan hati, jgn membuta tuli nanti mati...Bila ditempat keje time dkt dgn pilihan raya abg tmpt aku kje tu selalu ingtkan, da daftar belum sebagai pengundi, ini untuk BANGSA, untuk masa depan anak cucu...pening kepale aku,ari-ari dia cte sal natang politik ni, langsung hafal dlm pale hotak aku ni...tapi lama2 aku da faham apa itu politik, utk apa itu politik dan kepentinganya, Isu2 semasa dan politik kebelakangan ini membuat aku mengambil tahu sedikit ttg apa yg terjd dengan dunia2 politik ini. Dengan isu laungan semangat sakti katanya 'Makkal Sakti', mengadakan demostration, katanya Malaysia mengamalkan penghapusan ethnic??? ada antara blog2 mereka menterbalikkan logo bendera Malaysia dengan ayat2 ni "THIS WILL REMAIN UNTIL WE GET A SEMBLANCE OF GOOD GOVERNANCE"... antara lain isu Pengalihan kuasa dibeberapa negeri, tumbangnya politik melayu. kenapa garu kepala menongkat langit...Isu hak istimewa org2 melayu d'persoalkan lg, bg aku politik ini perlu diambil tahu sebenarnya dan jgn sampai kita d'politikkan. bg aku mereka yg mengamalkan politik wang demi kepentingan sendiri mmg patut ditembak mati pun sebagai balasan.

No comments: